Friday, July 10, 2009
Saya & Tempat Baru...
Lamanya tak update blog. Bukan malas tapi tak sempat, saya ditransfer ke tempat kerja lain pulak...Jauh pulak tu dari rumah famili. Dulu tempat kerja dekat, boleh la berulang hari. Tempat kerja baru nie tak larat nak berulang hari. 158km dari rumah...bout half way to Grik la.
16 Jun 09 tarikh keramat saya lapor diri. Dengan sempoi saya melangkah ke tempat baru...kecik je rupanya tempat saya kerja. Staf pun tak ramai sangat. Dalam 18 orang termasuk saya! Harapan pertama sebelum jumpa my 'big bos' moga saya diterima dengan baik dan semua rakan sekerja sudi berkerjasama dengan saya.
Masa mula-mula sampai, saya teragak-agak untuk menanggalkan kasut atau masuk dengan kasut ke dalam ofis. So untuk rasa lebih selamat, saya tanggalkan kasut di pintu masuk. Selamba menuju ke dalam ofis. Lamanya tunggu dalam 1 minit, tak ada orang kat kaunter. Eh dah bagi salam, kenapa semua macam bz jer! hehe2...dengan muka tak malu, saya menuju ke arah seorang kakak kat dalam ofis. Saya bagi salam dan nyatakan tujuan. Alhamdulillah semuanya berjalan baik.
Lepas semuanya selesai saya tuju ke rumah baru yang akan saya duduki. Semuanya nampak ok dan bagus...Perjalanan saya baru bermula di tempat baru!!! Adakah esok seperti yang saya jangkakan...Bersambung ke minggu depan.
Saturday, June 6, 2009
Semalam, Hari Ini & Esok...
Semalam, Hari Ini & Esok...
Saya tetap nuha...tetap tak dapat diubah. Itulah nuha! Nuha...nuha...Perangai dari dulu sampai sekarang memang tetap tak dapat diubah...(komen & cadang ckit macam mana nak ubah ~~ kot-kot ada buku psikologi yang dapat ubah habit kita ~~ boleh saya dapatkan untuk rujukan...)
1. Selalu lupa tutup paip air sebab nak cepat...hehe2...padahal sebab mata rabun..cermin mata tak tau letak mana ler tu.
2. Eh...kenapa tiba-tiba macam blur2 je, tak nampak jalan...Hehe2...cermin mata tertinggal rupanya! So terpaksa drive slow-slow.
3. Alamak lupa kunci kereta! Tergesa-gesa...sbb bank nk tutup, post office dah nak off service...Kena keluar p kunci kereta (ni time pakai cermin mata...drive laju giler...100km/j... padahal dekat je ngan rumah)
4. Sakit hati la jadi rabun...nak tengok tv pun kena duduk dekat ngan tv...Hehe2...kelam-kabut cari cermin mata baru clear muka pelakon drama yang saya minat.
5. Aik ari nie...ari apa ek! Kenapa tutup pulak kedai ni...Hehe2...Time lupa hari...ada jugak macam nie.
6. Lampu & kipas tak usah cakap ler...asyik on jer 24 hour...Printer pun sama...Jadi mangsa jugak.
7. Apahal nie...tiba-tiba mati pulak phone nie...Hehe2...lupa la tu nk charge bateri...
8. "Mana barang aku ni", saya dok membebel sendirian...Salah letak lagi...Mesti ada yang alihkan ni. Dah tak jumpa...
Banyak lagi senarai habit...nati sambung lagi lain kali kalau dah ingat balik....
Thursday, June 4, 2009
Beza Cinta di Mata Lelaki dan Perempuan
Membahas soal 'cinta' bukanlah perkara yang mudah, kerana memang sampai sekarang belum ada penelitian yang boleh menghuraikan cinta secara tepat. Namun cinta dikatakan sebagai perasaan yang sangat mendalam, yang bersifat subjektif dan mengandungi gelojak emosi yang positif.
Dalam buku yang berjudul Women an Intimate Geography, Natalie Angier menulis: 'Cinta' adalah sebuah perasaan yang universal sehingga akan selalu ada selagi manusia itu ada. Sejak kecil manusia sudah diajarkan untuk mengenal cinta, walaupun penerapannya berbeza setelah manusia tersebut menginjak dewasa. Itulah sebabnya mengapa pengertian cinta antara dua insan pada akhirnya juga menjadi berubah dan berbeza.
Apakah bezanya?
Benarkah perempuan lebih memerlukan perhatian, sedangkan lelaki lebih memerlukan kepercayaan?
Benar. Dengan perhatian sekecil apapun, perempuan akan merasa istimewa dan dicintai. Sedangkan lelaki menganggap jika perempuan yang dicintainya mempercayainya sepenuh hati, itu bererti perempuan yang dicintainya menyakini bahawa dia telah melakukan yang terbaik bagi mereka berdua.
Benarkah perempuan lebih memerlukan pengertian, sedangkan lelaki lebih memerlukan penerimaan?
Benar. Lelaki selalu boleh mendengar tanpa menghakimi dan dapat meluahkan simpatinya pada perempuan tercintanya. Sikap lelaki yang lebih memahami ini bukan didapati kerana mengetahui fikiran atau perasaan seorang perempuan. Hal ini kerana lelaki selalu mengumpulkan makna-makna daripada apa yang dia dengar dan lihat untuk membenarkan apa yang disampaikan oleh kekasihnya. Bila perempuan dengan penuh cinta menerima lelaki tanpa berusaha mengubahnya, barulah lelaki merasa bahagia.
Benarkah perempuan lebih memerlukan kesetiaan, sedangkan lelaki lebih memerlukan rasa kagum?
Benar. Logiknya, jika perempuan merasa dirinya yang terpenting dalam kehidupan lelaki yang dicintainya maka dia dengan mudah akan memberikan rasa kekagumannya. Begitulah sebaliknya bila lelaki merasa dikagumi, dia akan merasa cukup ikhlas untuk memberi bakti kepada isterinya dan melakukan apa sahaja untuk yang tersayang.
Benarkah perempuan lebih memerlukan ketegasan, sedangkan lelaki lebih memerlukan persetujuan?
Benar. Setiap pasangan yang akan memulai sebuah perhubungan, biasanya setelah lelaki menerima persetujuan yang diperlukan, dia jadi lebih mudah untuk menghargai perasaan-perasaan si perempuan. Sedangkan perempuan akan lebih merasa dicintai dengan lebih jika lelaki yang dicintainya boleh menerimanya dengan bukti menegaskan kesahihan hubungan mereka seperti memperkenalkan kepada ahli keluarga dan mengakui hubungan cinta kepada kawan rapat mereka.
Wednesday, June 3, 2009
Dugaan...
Setelah bersabar selama 4 dan 1/2 bulan, saya ambil keputusan follow up with my boss (sebenarnya salah seorang bos department lain) berkenaan satu hal yang tak "setel-setel" lagi (maaf hal ini terpaksa dirahsiakan t_t atas sebab-sebab tertentu). Oleh sebab tak larat nak tunggu lagi...terpaksa la saya buka mulut sendiri tanya tentang status hal berkenaan. Pertanyaan tersebut melalui "phone call" sebab saya berlainan ofis.
Jawapan yang diterima sangat memeranjatkan...Beliau pun tak tahu menahu berkenaan hal tersebut. Kemudian beliau follow up pula dengan kerani department beliau yang menguruskan hal tersebut. Lagi mengejutkan jawapan yang saya terima. Sebelum ini saya diberitahu oleh kerani department saya hal tersebut telah hampir setel dan on process...memang memeranjatkan. Itupun setelah saya mempunyai perasaan aneh dan pertanyaan bertubi-tubi... Kenapa tak ada khabar berita lagi ni tentang hal tersebut?!! Kata dah setel, tapi kenapa tak ade feed back pun....
Nampak tak sebenarnya kerja ni setel kan...kata dah buat, tapi sebenarnya tidak kan...Kalau nak ikutkan perasaan memang geram sangat saya pada orang tak bertanggung jawab tersebut. Pandai-pandai je cakap dah setel (kata dan buat 3 minggu lepas, dah proceed...). Bila saya tanya baru terhegeh-hegeh nak buka fail, cari tarikh hantar la. Cakap itu ini la. Tapi apa yang dapat dirumuskan ialah cakap tak serupa bikin. Sabar je la, tertangguh 1 bulan hal tersebut.
Alhamdulillah selepas ulang-alik phone call, hal tersebut hampir selesai. Tengok kan...kalau buat kerja dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas, tak sampai 2 jam dah hampir selesai....
Monday, June 1, 2009
Life is Beautiful....
Saya memang tidak suka bergambar...pic ini di snap oleh adik time nak
pergi ronda / lepak kat tempat biasa kitaorang lepak...
Thursday, May 28, 2009
internet nie asyik slow je...penin saya dok fikir ngape...dah la lame tak dapat nak update blog..
tiba-tiba time dapat internet buat hal pulak...sabar aje la
Undergoing MyBlogLog Verification
Tuesday, May 5, 2009
KISAH BENGKOKNYA PEREMPUAN
Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."
"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"
"Staf aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."
"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat, dah jump to conclusion."
"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti takut patah pulak.
Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."
"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis to bukan begitu."
"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak,Naim?"
"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik. "Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada sayap kiri kepada masyarakat.
Baginda ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan.
"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. jenuh kita nak layan dia."
"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara protes tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina.. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih `bengkok' daripada mereka!"
"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."
"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."
"Apa maksud sebenar Hadis tu?"
"Orang perempuan yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu
bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu penyempurnaan?
Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung'. la melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu "
"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"
"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok' itu ialah sifat `rahmah'. Ini bermakna bengkoknya wanita ialah sifat semulajadi yang Allah ciptakan untuk wanita agar dia dapat memainkan peranan yang tidak dapat dimainkan oleh lelaki. Orang perempuan itu sifat semula jadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan.
"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat.
"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar"
"Hmm, betul tu Naim." "Sebenarnya tiada siapa yang 'bengkok' mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."
"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar".
"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok' daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok' daripada semua orang lain di muka bumi ini... "
Friday, May 1, 2009
Bingkisan Doa
Seandainya telah Kau catatkan dia milikku
tercipta buatku dekatkanlah ia padaku
titipkanlah kemesraan antara kami agar kebahagiaan itu abadi dan
Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Pengasih
seiringkanlah kami melayari hidup luar ini ketepian yang sejahtera
tetapi
Ya Allah...
Seandainya telah Kau takdirkan dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku luput dari ingatan ku
dan peliharalah diriku dari kecewa
Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
berilah aku kekuatan melontar bayangnya ke dada langit silang bersama senja merah dan gelap pekat awan agar ku bisa bahagia walau tanpa dirinya dan
Ya Allah Tercinta..
gantikanlah yang telah hilang tumbuhkanlah kembali yang telah patah meski tiadakan sama dengan dirinya...
Ya Allah Ya Tuhanku pasrahkanlah aku dengan KetentuanMu Sesungguhnya Takdir Mu itu yang terbaik buatku kerana Engkau Tuhanku itu yang terbaik buatku
Yang Maha Mengetahui Segala yang Terbaik Ya Allah...
Cukuplah Engkau sahaja menjadi Pemeliharaku di Dunia dan Akhirat
dengarlah rintihan daripada hambamu yang daif ini
Sesungguhnya aku tidak kuat melawan nafsuku sendiri
janganlah Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini hingga akhirat
Menjerumuskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka,
kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman
membimbingku ke jalan yang Engkau redhai
dan kurniakanlah kepada ku keturunan yang soleh.... amin!
12 Alasan Lelaki Tamatkan Zaman Bujang
Pelengkap hidup
Lelaki merasakan bahawa setiap fasa hidup yang mereka tempuhi sudah menghampiri ke tahap yang sempurna. Mempunyai pekerjaan yang tetap, kewangan yang mencukupi dan memiliki pasangan yang serasi, membuatkan mereka memikirkan masa depan yang lebih bahagia dengan sebuah ikatan perkahwinan.
Hidup lebih terurus
Mungkin selama ini dia kurang mendapat perhatian daripada orang tuanya. Semua perkara yang diperlukan, dinikmati seorang diri. Sehingga dia memerlukan seseorang yang mampu membuatkan dirinya berasa nyaman dan dapat memenuhi setiap keperluan hariannya.
Kewangan yang mantap
Dia telah mempunyai sumber kewangan yang tetap yang dianggap sebagai modal untuk mengharungi alam rumah tangga bersama pasangan yang dicintai.
Bosan hidup membujang
Bagi lelaki yang sudah puas mengharungi pahit dan manis selama hidup membujang, pernikahan adalah solusi terakhir yang dianggap tepat untuk mereka keluar dari situasi kebosanan.
Walaupun kenikmatan hidup membujang membuatkan dia berasa dirinya aman dan tiada kongkongan hidup, tetapi lama-kelamaan, dia akan merasakan hidupnya kosong tanpa wanita di sisi.
Terlalu menyintai
Saat merasa cintanya terlalu mendalam terhadap pasangannya, hatinya menjadi semakin egois untuk memiliki kamu, kekasih paling disayangi.
Untuk memastikan pasangannya tidak berpaling tadah terhadap lelaki lain, jalan terbaik yang harus ditempuhi adalah dengan memutuskan alasan untuk menikah. Dalam hati kecilnya, pasti menyedari bahawa hidup tanpa si dia seperti tinggal di dalam dunia yang tidak penghuni.
Sudah bersedia
Dari segi mental dan fizikalnya, dia merasakan sudah bersiap sedia untuk melanjutkan hubungan ke alam pernikahan. Bagi lelaki, mereka memerlukan masa untuk membuat persiapan mental sebelum memasuki ke gerbang perkahwinan.
Ingin punyai keturunan
Seperti juga kaum wanita, sebahagian besar lelaki menginginkan keturunan yang boleh dibanggakan.
Cepatkan hubungan intim
Hubungan cinta yang dijalinkan sejak sekian lama begitu menguji kesetiaan dan pemikiran pasangan bercinta. Bagi mereka, bertengkar dan cemburu sememangnya menjadi fitrah dalam kehidupan seharian. Disebabkan itu juga, mereka memutuskan untuk bernikah selain dapat mengukuhkan hubungan intim.
Secocok
Mereka merasakan kamu dan dirinya seperti kepingan puzzle yang saling melengkapi. Mempunyai minat dan hobi yang sama, tahu akan karakter masing-masing dan pandai menyingkap setiap persoalan di antara kamu berdua. Baginya, tiada orang lain yang dapat memahami dirinya selain kamu, kekasih sejati.
Desakan orang tua
Sekadar memenuhi tuntutan orang tua, membuatkan seorang lelaki mengajak pasangannya berkahwin. Hal ini antara lain adalah kerana orang tuanya sudah uzur dan tidak sabar melihat anaknya hidup bahagia di samping cucu-cucu mereka atau melihat anaknya sudah secocok dengan pasangannya.
Desakan kekasih
Lelaki akan berasa tercabar sekiranya mereka dipaksa melakukan sesuatu perkara yang dianggap belum bersedia.
Tetapi, ada juga lelaki yang dipaksa dan akhirnya dia menerima dengan sebulat hati, tanpa ada sebarang alasan.
Monday, April 27, 2009
Tulisan siapa...
Cam dah tak der citer menarik jer nak tulis....
Ooo....sekarang dah nak masuk bulan 5....kejap jer rasa hampir setengah tahun...
Semua orang sibuk dengan life diorang...
Saya jer yang tak sibuk
Huhu2
okes lain kali tulis lagi...
Wednesday, April 1, 2009
Persoalan...
Persoalan ini semakin rumit dalam fikiran aku...
Kenapa setelah aku belajar melupakan dirimu...
Saat diri berhenti merindui gelak tawa, usikan, berkongsi rasa, pendapat, impian, ambil berat serta segala-galanya tentang dirimu...
Saat diri ini berputus asa tentang jalinan persabatan selama yang tak ke mana...kerana masing-masing ego, memendam rasa serta main tarik tali seperti lagu elyana!
Saat diri menyerah kalah hingga aku buang semua kenangan bersama...inbox, phone no, tidak menghubungi kwn baikmu, email dan lain-lain...
Saat diri menerima hakikat kita memang tiada jodoh...bila kau menyatakan bahawa hati kau telah dimiliki...
Kau kembali cuba hadir kembali dalam hidupku...
Semakin kerap kau hadirkan email dalam inboxku...
Kau cuba menarik balik perhatianku....
Kau cuba menggoyahkan perasaanku...
Kau cuba menyambung balik persahabatan kita...
Kau cuba menyatakan perasaan dengan email2 bisumu...
Kau cuba ingin kembali ke waktu-waktu yang pernah kita lewati sedikit masa zmn remaja...
Namun bagi ku...hati ini ibarat kaca...sekali berderai tidak sama seperti dahulu...biarlah aku mendoakan kebahagiaan buat dirimu sekadar dari jauh...berdoa agar kebahagiaan tetap menjadi milik kita bersama pasangan masing-masing...dan doa akhir agar kita tidak mengulangi kesilapan jatuh cinta kepada sahabat baik sendiri...
"Pengajarannya, perempuan dan lelaki memang tidak boleh menjadi sahabat baik... lama- kelamaan tanpa disedari terbit naluri yang tidak kita fahami dan akhirnya memusnahkan persahabatan yang terjalin....Sekiranya bersahabat cukuplah sekadarnya"
Mengenali Seseorang?
kadangkala membuat kita ketawa...
Mengenali seseorang itu
kdangkala membuat kita mengalirkan air mata...
Sungguhpun mengenali seseorang itu
mampu memberi kita sejuta rasa...marah, sedih, gembira, sayang, rindu, benci, sakit hati...
TAPI sedarkah kita?
Mengenali seseorang itu sebenarnya adalah satu ANUGERAH...Biarpun hadirnya seketika dan sekadar TEMAN SEMENTARA...BERSYUKURLAH dengan kehadirannya kerana barangkali, melaluinya kita mengerti apa itu erti PERSAHABATAN...
Saturday, March 28, 2009
Kenapa Berkahwin?
Saban tahun beratus malah mungkin mencecah ribuan rakyat malaysia berkahwin. Dan sekiranya kita bertanya kepada mereka kenapa mereka berkahwin? Maka beberapa jawapan seperti di bawah akan kedengaran :=
1. Saya berkahwin kerana nak mendapatkan zuriat. Bukankah Allah swt telah berfirman di dalam Al Quran :
An-Nisaa
[4.1] Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.
2. Saya berkahwin kerana saya memerlukan pertolongan seorang isteri untuk berbuat kebaikan dan melarang membuat kejahatan.
Surah Taubah
[9.71] Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
3. Saya berkahwin kerana perkahwinan membuka pintu rezeki
Surah An Nur
[24.32] Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.
4. Saya berkahwin kerana saya mahukan bersenang hati, hidup mesra dan berkasih sayang serta belas kasihan.
Surah Ar Rum
[30.21] Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.
5. Saya berkahwin kerana sunnah Nabi
793 - Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Sesungguhnya beberapa orang Sahabat r.a bertanya kepada isteri-isteri Nabi s.a.w mengenai amalan yang dilakukan oleh baginda secara diam-diam. Maka ada di antara mereka yang memberitahu bahawa dia tidak akan berkahwin. Ada juga yang memberitahu bahawa dia tidak makan daging dan ada pula yang memberitahu bahawa dia tidak pernah tidur di atas hamparan. Mendengar hal itu semua, Nabi s.a.w memuji kepada Allah dan bersabda: Apa kena dengan kaum itu, mereka berbicara itu dan ini, sesungguhnya aku mendirikan sembahyang dan aku juga tidur, aku berpuasa, berbuka dan aku juga berkahwin. Maka sesiapa yang tidak suka sunnahku, dia bukanlah golonganku iaitu umatku
6. Saya berkahwin kerana saya nak jadi seorang suami dan seorang ayah yang soleh
7. Saya berkahwin kerana semua orang berkahwin
8. Saya berkahwin kerana saya dah tua. Saya tak nak orang panggil saya bujang telajak
9. Saya berkahwin kerana nafsu saya bergelora
10. Saya berkahwin kerana saya rasa sunyi dan perlukan teman.
11. Saya berkahwin kerana nak menutup malu, kami dah terlanjur.
12. Saya berkahwin kerana kesian dekat dia. Saya nak bantu dia
13. Saya berkahwin kerana ayah dan ibu saya paksa saya berkahwin
Sekiranya saya meneruskan lagi senarai ini pastinya senarai akan bertambah panjang. Dan saya tidak dapat menafikan bahawa setiap perkahwinan tetap mempunyai sebab yang tersendiri. Cuma kalau kita selidiki apa yang Rasulullah saw katakan bila berbicara tentang perkahwinan :
" Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan". (Diriwayatkan oleh al-Bukhari (3/242), Muslim (2/1086), Abu Dawud (2047), an—Nasaa’i (6/68) dan Ibnu Majah (1858))
Kesimpulan, setiap perkahwinan mempunyai visi dan misi yang tersendiri. Sama ada dari Al Quran mahu pun dari Hadis Nabi saw, ianya telah menyatukan 2 insan yang berbeza untuk hidup dalam satu bumbung dan berinteraksi, berkomunikasi dan berbicara sama ada secara fizikal mahupun secara batin. Visi dan misi ini yang memberikan kekuatan bagi seorang suami dan seorang isteri untuk menghadapi kehidupan di dunia.
Namun ramai yang terlupa kenapa mereka berkahwin? Apa matlamat mereka berkahwin. Ringkasnya sama ada untuk memenuhi tuntutan akal atau nafsu, batin atau zahir, emosi mahupun fizikal ianya adalah demi untuk kebaikan semua pihak.
Lantas kenapa timbul isu-isu seperti di bawah?
1. Suami/ isteri saya sudah tidak sehaluan.
2. Suami/isteri saya telah berubah.
3. Suami/isteri sudah tidak serasi
4. Suami/isteri tidak bertanggungjawab.
5. Suami/isteri sudah tidak saling cinta mencintai.
6. Kasih sayang sudah pudar.
Asasnya, ramai yang berkahwin kerana nafsu. Ini merujuk kepada ayat Al Quran
Surah Al Imran
[3.14] Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga).
Dan sekiranya kita merujuk kembali Hadis Nabi saw bahawa wanita dikahwini kerana 4 sebab iaitu rupanya, hartanya, keturunannya dan agamanya, dapat kita simpulan bahawa ianya memenuhi sifat yang ada pada manusia. Kesukaan kepada rupa, harta dan keturunan namun perkara yang paling penting ialah agama kerana dengan agama sahaja kita akan kembali kepada Allah swt.
Jelas sekarang bahawa semua isu yang timbul di kemudian hari ada berkait rapat dengan matlamat perkahwinan.
Dari Amirul Mu̢۪minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah e bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan( ) tergantung niatnya( ). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya ( ) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.
(Riwayat dua imam hadits, Abu Abdullah Muhammad bin Isma̢۪il bin Ibrahim bin Al Mughirah bin Bardizbah Al Bukhori dan Abu Al Husain, Muslim bin Al Hajjaj bin Muslim Al Qusyairi An Naishaburi dan kedua kita Shahihnya yang merupakan kitab yang paling shahih yang pernah dikarang) .
Tuesday, January 27, 2009
Hari ini...
Cuti tinggal sehari lagi...esok akan bekerja seperti biase. Ohhh...semalam antara hari yang bersejarah dalam hidup...tak sangka dan tak terduga oleh insan biasa seperti diriku...Hidup ini masih mempunyai harapan...Kita sebagai manusia sahaja seharusnya yakin kepada ketentuan Tuhan...Allah menetapkan yang terbaik untuk hambaNya. Tetapi kita sebagai hamba haruslah yakin dan tidak berputus asa...! Seharusnya kita selalu berdoa kerana doa itu adalahs senjata orang mukmin. Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini sekiranya dia sesekali alpha....
Tuhanku..
aku tidak layak masuk syurgaMu...
namun tak upaya..
menghadapi api nerakaMu...
terima taubatku...
dan ampunkan dosa-dosaku...
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun...
Dosa-dosa besar....
Amin Ya Rabbal Alamin.
Sunday, January 25, 2009
Renovation...tgh nk upgrade la!
sincerely, nuha.
Saturday, January 24, 2009
Perihal Cinta
Kepada yang ragu-ragu dengan PERNIKAHAN.. .
Kepada yang PATAH HATI...
Kepada yang BELUM PERNAH JATUH CINTA...
Kepada yang ingin MENGUASAI...
Kepada yang takut MENGAKUI...
Kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI...
Friday, January 23, 2009
Kerana Dia Manusia Biasa
Kerana Dia Manusia Biasa ...
Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk). Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara.
Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.
"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."
"Ya.. ya."
Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik. Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.
"Kenapa kamu memilih dia?"
Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya. Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni....Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.
"Buka aja."
Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe. .......
"Teruknya dia ni."
Saya menggeleng-gelengka n kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu.......
Kepada Yth .........
Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya
Assalamu'alaikum Wr Wb
Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai. Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan. Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak. Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamanya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.
Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.
Semoga Allah redha dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin
Wassalamu'alaikum Wr Wb
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah. Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa. Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.
"Kenapa kamu memilih dia......?"
"Kerana dia manusia biasa....... "
Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya. Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."
"Maksudnya?"
"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betul tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin. "
"Ssttt...... ."
Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga. Sunyi. Suara cengkerik terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.
"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama."
Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.
"Gik.....?"
"Tidur...... Dah malam."
Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini. Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak roh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang Tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak. Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'. Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orangini/itu) , ditanggalkan. Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya. Maka semua menjadi indah. Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan. Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barakah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah. Jadi, bagaimana dengan cinta?
Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya. Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).
Setiap dugaan dan Ujian dalam percintaan ada hikmah disebaliknya. Allah maha mengetahui apa yg terbaik untuk diri kita. Tak usahla kita menderita dengan cinta tapi redha allah akan berikan lebih terbaik dari sebelumnya.
Cinta yang suci pada mereka yg menghargai diri pasangannya. Bukan dengan mengambil kesempatan atas pasangan.
Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.
Wallahu 'alam
(dari koleksi email yang disend oleh sorang kwn)
Thursday, January 15, 2009
5 Tips Dalam Berpasangan
Setiap pasangan kekasih mestilah mempunyai sikap ini. Anda mestilah mempercayai kekasih anda dari setiap aspek. Samada dari segi percakapan, pemikiran mahupun perbuatan yang dilakukan oleh kekasih anda. Memang sukar untuk memberikan kepercayaan sekiranya anda pernah dikecewakan. Tetapi apa salahnya sekiranya anda memberikan si Dia kepercayaan anda. Ianya tidak salah bukan?
2. Saling Memahami
Fahami diri kekasih anda. Sekiranya anda mengajak si Dia keluar, makan bersama atau pergi menonton wayang dan sebagainya, dan si Dia menjawab tak nak...tak mahu...biarkanlah di Dia. Maksud biarkan itu adalah, jangan dipaksa-paksa dan fahami kenapa si Dia menjawab demikian. Adakah si Dia sedang sibuk dengan urusan lain? Atau si Dia ada masalah lain? Cuba fahami dirinya.
3. Bertolak Ansur
Setiap lautan, akan ada pasang surut airnya. Begitulah juga dalam berpasangan. Tidak dinamakan berpasangan sekiranya tiada sedikit salah faham atau pertelingkahan. Di sini, anda haruslah bertolak ansur dan menurukan sedikit ego anda. Jangan mengharapkan si Dia bertolak ansur dulu, tapi andalah yang perlu mulakan. Jangan biarkan pertelingkahan itu berlanjutan kerana ia ibarat seperti kanser. Semakin dibiarkan, semakin parah jadinya.
4. Kejujuran
Anda, ketika berpasangan hendaklah jujur. Jujur bukan hanya ketika dengan pasangan anda, tetapi juga pada semua masyarakat. Tidak kisah sama ada ibu bapa anda, adik-beradik, rakan-rakan dan sebagainya. Jujur dalam berpasangan adalah anda tidak berkata dusta, tidak bohong, tidak menipu dan tidak mengkhianati pasangan anda. Mungkin ada dikalangan anda berkata "Kenapa aku nak jujur pulak pada Dia" " Lantak aku lah" Anda mesti ingat, pada mula anda berpasangan, anda sayang pada si Dia, anda minat pada si Dia, anda suka pada si Dia. Sekiranya anda tidka jujur, adakah segala sayang, suka dan minat itu semuanya dusta belaka?
5. Kesetiaan
Apabila anda berpasangan, kesetiaan merupakan faktor yang anda perlu jaga. Janganlah anda mencari pengganti bagi si Dia ketika anda berpasangan. Ini kerana, si Dia telah memberikan kepercayaan pada anda dan sekiranya anda menduakan si Dia, anda telah memusnahkan harapan dan impian seseorang yang anda pernah katakan ucapan cinta itu. Cuba anda letakkan diri anda dalam situasi ditinggalkan. Adakah anda akan berasa sedih? Kecewa? Hampa? Sudah semestinya anda akan katakan, Ya...Oleh itu, fikirkan perasaan si Dia dan setialah dengan pasangan anda.
from: kuang.
Tips For Easy Move On After Break-Up
You must first understand that relationship break-ups are just a normal thing. That it can happen to anybody. Because not all relationship are made perfect and smooth. Problems and conflicts usually arise and if couples can't bear to handle these obstacles, a break-up will occur.
Women are born much sensitive than men. Mostly, in a relationship, its women who is deeply affected and have difficulty of moving on with life. I had relationship before and experience broken heart due to relationship break-up. But I can say that I was able to overcome that situation and went back to my normal life. How did I do that? Here's how:
1. I always pray to God whenever I feel so lonely. Whatever heartaches and worries that are boggling me were forwarded to Him. He is my source of strength.
2. I listen to good inspirational music and avoid listening to love songs. Gospel songs are good in healing sad feelings. It can also help me have a nice sleep.
3. I engage myself to lots of works. Being busy will give me no time to think about heartaches. Gardening or home crafts are great ideas to start with.
4. I go group dating with friends. Being with supportive friends will ease your ill feelings.
5. Don't pretend you don't know him or don't avoid talking about him for it will only prolong that recovery period. Its better that you will be used to discuss topic about him until everything becomes just a normal topic.
6. Keep yourself blooming. Develop more your beauty and health care. Don't let your heartaches ruin your personality.
7. Open your heart for a new relationship. Don't be afraid to love once more. Not all men are the same. Just be extra careful next time in choosing the right guy.
It is true that time will heal the wounds but it is also a fact that the person involved must do actions to make time do it.
5 Tips on How To Mend a Broken Heart
1. Become aware of what you are telling yourself.
Believe it or not, our houghts are habits that we've created along the way. For instance, there's the "guilt" set of thoughts, the "worry" set of thoughts, the "fear" set of thoughts, the "I'm always going to be alone" set of thoughts, the "nothing's wrong" set of thoughts or the "sunny outlook" set of thoughts--you get the idea.
If you want to begin healing your pain, start paying attention to your particular set of thoughts. You might even give them a name.
Maybe you've not had these thoughts until your breakup or maybe they've been with you for a long time. Whichever is the case, just begin noticing what thoughts roll through your mind.
2. Once you have become aware of your thoughts, decide the thoughts that make you feel better, easier about your situation and those that don't. Take a legal pad or notebook and at the top of the page, make 2 columns with these headings: "Feel better" and "Feel Worse."
Keep the legal pad or notebook where you can easily reach it. As thoughts come to you, write them down under one of those two categories. Do this long enough for you to see on paper, your patterns of thinking that are either helping you or pulling you down.
3. Identify one reoccurring thought or pattern that is bringing you pain and make the commitment to yourself to change it. Write your commitment down and post it where you'll see it often.
It could go something like this...
"I commit to changing my thoughts about how alone I am right now. I may not be with a partner right now but I don't have to constantly remind myself."
4. Chose a thought that is better.
Taking our example, this thought is probably not going to be that you are completely joyful, are with your perfect partner, or feel completely satisfied with your current situation. It may be that a better thought is that when a thought comes up about how alone you are, you change that thought to "I can call Bonnie or Carol and either talk with them or arrange to go to dinner or a movie."
5. Practice in each moment and break your habit.
Have you ever broken a habit? It takes being aware of what you are doing and then making a change in the moment. Your thought pattern is a habit and can be changed--but you have to believe the thought that you are changing to--and you have to practice it.
If feeling better is important to you, this is valuable information that will help you to move forward in your healing process from your breakup or divorce.
Wednesday, January 14, 2009
Soal Jawab Cinta...
Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu berdebar
kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.
Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan mata
darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.
Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu ia
ada di
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.
Adakah kamu tetap mengatakan kamu menyintainya
kerana kamu tidak ingin melukai
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.
Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.
Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap hari
hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.
Adakah kamu rela memberikan semua perkara yang
kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.
TETAPI
Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran antara
kesakitandan kegembiraan yang membutakan dan tak
terfahami … menarikmu mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.
Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu bahagian
dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.
Adakah kamu menangis kerana kesakitannya walaupun
saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia bersedih?
ITULAH CINTA.
Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.
Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh jiwamu
begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.
Thursday, January 8, 2009
Tip Cinta - Pantang larang date pertama
1. Bercakap mengenai bekas teman wanita.
Jika perhubungan yang menjadi topik perbincangan, jangan sesekali bangkitkan soal teman wanita lama. Bekas teman wanita anda begitulah, beginilah... Elak bercakap mengenai perkara ini bila anda dalam proses menjalin hubungan serius dengan seseorang.
2. Bermegah-megah dengan apa yang dimiliki.
Tidak perlulah anda sibuk bercerita mengenai keluarga anda yang kaya, gaji tinggi atau kereta mewah yang dimiliki dengan harapan ‘memancing’ hati wanita. Zaman sekarang, kebanyakan wanita mempunyai kerjaya bagus malah ada yang memiliki pendapatan lebih banyak daripada lelaki. Ingat, bukan semua wanita bersifat materialistik!
3. Menipu.
Jangan sesekali menipu hanya untuk memikat wanita yang digilai atau cuba mengada-adakan benda yang tiada. Kalau wanita itu tahu anda sebenarnya menipu, rosaklah semuanya!
4. Terlalu selesa.
Usah tunjukkan anda begitu selesa atau terlampau bersahaja hingga tiada rasa segan-silu melakukan perkara yang tidak sepatutnya dibuat di depan gadis. Contohnya, sendawa dengan kuat, cungkil gigi atau bercerita mengenai tabiat buruk anda. Ya, memang kebanyakan wanita ingin teman lelaki mereka menjadi diri sendiri tapi jangan sampai memperbodohkan diri pula. Tanggapan pertama itu penting, okay?
5. Belanja.
Pastikan anda yang menjelaskan bil pada pertemuan pertama. Bukan bermaksud wanita itu materialistik hingga anda perlu menanggung perbelanjaan bila keluar bersama, tapi bagi saya, untuk pertemuan pertama, anda perlu jadi gentleman dan menjelaskan bil. Tapi bukan setiap masa pula ya!
copy from : http://koleksicinta.blogspot.com/2009
Wednesday, January 7, 2009
Banyak bulu
Tak nak! Tak nak! Hajar tak nak! Dia banyak bulu. Hajar geli" aku terus meronta. Mak dan akak tak penat-penat menolak badan aku yang montel ni. Hish diorang ni.. aku cakap tak nak, tak nak la. Tak paham kot. Aku boleh je tido kat sofa malam ni. Tak kuasa aku nak tido dalam bilik tu. ada gorila!
"hah! Jangan nak buat pasal. Apa kata sedara-mara yang ada kat bawah nanti? Nak malukan mak dan ayah?" kata ibu dinasour yang merangkap kakak aku tu. menyibuk betul minah ni. Time dia dulu aku tak penah tolak pun dia masuk bilik duduk dengan abang Jeff. Yelah, dah dia hilang awal-awal lagi lepas isyak. Mana aku ada chance nak tolak dia!
"masuklah adik.. abah dah ngantok ni. Takkan adik nak tido kat stor pulak? Masuk ya.." kedengaran suara abah di belakang aku. Semua tolakan dari mak dan akak terhenti. Aku pun diam. Kecut beb! Takut kalau abah marah. Aku terus anggukkan kepala dan masuk ke dalam bilik tidur ku.
Alahai.. apalah nasib aku.. bab lain aku boleh handle. Tapi kalau bab nikah kawin ni aku lemah skit walaupun sekarang aku dah pun bergelar seorang isteri kepada gorila.
Kenapalah dalam banyak-banyak lelaki dia ni yang diterima abah? Nak kata baik, tak pun. Handsome? Lagilah tak! Yang pasti dia ni banyak bulu. Tu pun aku tertengok waktu dia nak nak cium dahi aku. Mak aih.. siap berjambang lagi. Tak pernah bercukur apa mamat ni. Aku rasa kutu pun tak nak duduk kat dalam tu. sesat katanya.. Hish.. geli aku!
Malam tu aku tertido di bawah katil bilik aku. Takut siot! aku Cuma tersedar pada keesokkan pagi. Tu pun gorila tu yang kejutkan. Wat malu aku je. Dia ternampak air liur basi aku yang keluar. Siap tolong lap dengan stokin yang dia pakai semalam lagi. Tak pe ngko. Malam nanti aku letak underwear aku yang dah pakai kat muka ko pulak!
Kehidupan aku makin berserabut sebab kena tinggal dengan mamat ni kat rumah flatnya. Aku bukannya ada duit nak sewa rumah lain so cara termudah adalah tinggal kat rumah mamat ni. Dengan syarat, aku kena cuci semua pakaiannya dan masak. Iron baju? Dia sendiri. Aku tak reti iron. Selama ni pun aku tak penah iron baju. Keja aku senang. Tak payah iron baju. Aku Cuma pakai seluar jeans dan t-shirt je pegi kerja. Kalau iron pun, tudung je.
Mamat ni bekerja sebagai accountant. Tapi serabai tok sah cakap arr.. memang macam gorila. Aku tak penah sembang dengan dia. Aku just tulis note dan tampal kat peti sejuk kalau nak berintreraksi.
Tapi satu pagi tu, tengah aku kelam kabut nak gi studio, mamat ni wat pasal pulak. Dia demam. tak pasal aku kena mintak cuti. Aku masak bubur, lapkan badan dan ada satu kesilapan aku buat. Aku rasa tak lah besar sangat. Tapi mamat ni alah betul. Aku terbagi ubat cacing kat dia. Aku konpius la. Banyak sangat ubat kat dalam peti sejuk tu. aku tersalah amik la. Lepas tu, mamat ni cirit-birit pulak. Tambah lagi seminggu cuti aku..
Nasib baik aku punya junior boleh handle sesi fotografi tu. tak sia-sia ku jadi cikgu yang baik selama ni.hehe..
Lepas seminggu, aku terus menjalankan kerja yang aku tinggalkan selama ni. Rindu beb nak pegang kamera tu. dulu belajar penat-penat, sekarang baru rasa puas hati bila dapat amik gambar yang paling baik.
Sedang aku lapkan kamera kesayanganku, si gorila tu keluar. Fullamak bro! dia dah tak jadi gorila la.. dah jadi Shaam. Hero tamil yang paling aku minat. Aku terus amik gambar dia. Muka dia memang terkejut gila bila nampak flash dari kamera aku.
"ko apahal? Apsal amik gambo aku?"
"hek eleh.. perasan tol! Aku nak test kamera aku boleh guna or tak. Wat pe nak amik gambo ko. wat rosak kamera aku je."
Mamat tu terus blah. Fuhh! Nasib baik sempat cover. Kalau tak, wat malu je. Aku terus cuci gambo mamat ni. Hensem gak dia ni. Tapi apsal dia buang semua bulu alias (@) jambang dia tu? konpius otak aku. Tapi tak kisah arr.. yang penting aku tak geli sangat dah.
"woi Hajar, ada bungkusan kat atas meja ko. bukak arr cepat. Aku nak tengok." Aqmar si murai tu menggamitku ke meja.
Perlahan ku buka kotak tu. macam hadiah best je. Tapi..
"arghhhh!!!!!" spontan aku dan Aqmar menjerit. Terloncat katak gemuk plastik dari kotak tu. aku lantas mencari kad yang dikirim.
Untuk si Hajar montel,
Thankz coz jaga aku sepanjang aku sakit.
ni hadiah utk ko. thank u very much..
Sincerely,
Fazrul Ahmad
Ikhlas konon! Ni perli namanya. Aku terus mencampakkan katak tu ke dalam laci. Hee.. geli aku. Aqmar terus blah dari tempat aku. Dia pun alergi gak ngan katak. Bagus jugak ada katak ni. Senang skit nak halau Aqmar.
Aku terus telepon gorila tu. aku tarik balik kata-kata dia handsome tadi!
"woi mangkuk! Ko apahal? Nak cari gaduh ke? Apsal hantar katak pepagi ni? Dah tak da kerja lain?" terdengar ketawa Fazrul. Sebijik macam kena rasuk.
"rileks la montel. Aku bagi sebagai tanda terima kasih aku kat ko. sepatutnya ko cakap welcome kat aku tau. Bukan marah-marah macam ni..hahaha"
"bengong punya mamat. Nanti la, malam nanti aku rebus air barli yang ko suka tu dengan peluh aku. Biar ko minum!"
"jangan risau.. malam ni aku tak balik. Petang ni aku fly ke Korea. Ada kursus. Bye montel.. hahaha.. cita-cita ko tak kesampaian.. hahaha.."
Hantu betul mamat ni. Jaga ko.. nanti kalau aku jumpa ko, aku baling ular hidup pulak kat ngko!
Fazrul balik selepas seminggu. Aku dah tido malam tu. dia masuk senyap-senyap ke dalam bilik aku dan letakkan hadiah di meja solek. Pagi tu aku menjerit lagi. Mamat ni bagi potret muka aku berbadan katak pulak. Arghhhh tensionnya aku!
Aku pulak yang kena outstation seminggu kat Indonesia. Tapi tak pe, selagi aku tak balas apa yang gorila tu buat, aku berikrar pada diri aku sendiri yang aku takkan naik flight ke Indonesia.
Pagi tu, di meja sarapan aku khabarkan bahawa aku akan ke Indonesia kepada si gorila. Dia diam je dulu. Lama lepas tu baru dia cakap.
"gi la lama mana pun. Aku tak kisah. Aku benarkan. Janji ko jangan wat maksiat dah. Aku tak nak tanggung dosa ko. bila ko nak bertolak?"
"Lusa"
Aku tengok Fazrul enak menikmati hidangan pagi tu. Alhamdulillah.. terbalas jugak dendam aku kat dia. Aku terus keluar mendapatkan motosikal kesayanganku. Tetiba..
"woi Hajar! Apa ko bubuh dalam kopi aku ni? Kenapa ada bangkai cicak kat dalam cawan ni? Woi! Woi! Aku tak habis cakap lagi!"
Aku terus pecut motor sambil ketawa macam langsuir.. hahaha! Padan muka. Aku tak dapat nak bagi ular hidup coz aku geli nak pengang. Tapi aku berani pegang cicak, so aku bagi cicak la kat ko.. hahaha
Konpem ko kena cirit-birit balik. Hahaha.. kali ni ko jaga diri sendiri! Aku nak fly dah..babai..
Hishh.. rasa rindu la pulak kat montel ni. Kenapa dia tak tepon langsung? Tak ingat kat suaminya yang kacak lagi macho ni ke? Hishhh budak ni. Bikin hati gua jadi serabut aja! Tepon la aku wahai montel.. rindu nak usik ko.
Aku suka tengok muka ko yang cemberut tu bila kena usik. Dah la montel. Comel pulak tu. harap-harap tak da mamat yang berkenan kat bini aku yang satu ni. Walaupun niat hati aku nak tambah bini.. tapi terpaksa aku kuburkan aje.. sebab hati aku Cuma ada si montel ni. Kalau Beyonce cakap nak kat aku sekalipun, aku tetap cakap tak nak. Sebab si montel ni jugak. Patutnya si montel ni bersyukur tau dapat suami yang setia lagi penyayang macam aku ni.. chewah! Hish wei montel... cepatla tepon aku! Hati ku bagai nak gila ingat kat ko ni. Kenapa aku tepon ko tak angkat?!!
Hajar kembali selepas seminggu. Fazrul terus meluru ke biliknya pagi tu.
"woi montel, kenapa tak bangun lagi? Ko demam ke?" Fazrul terus menyentuh dahi Hajar. Tak panas pun. Lantas dia memaksa Hajar membukakan mata.
"ko nak apa ni? Aku dapat cuti hari ni. Jangan la ganggu aku. Aku nak tido. Ko punya sarapan ada kat atas meja. Jangan risau, aku tak letak apa-apa hari ni. Pegi la makan. Nite" Hajar terus menyambung tidurnya. Fazrul terus berlalu.
Tetiba Fazrul pusingkan kembali badannya dan berjalan ke arah Hajar yang sedang tido. Muahhhhhh. Hah! Dah terlepas rindu aku! Mata Hajar lantas terbuka.
"apa ni?! Kenapa ko cium aku? Eee geli la!" Hajar mengosok-gosok pipinya.
Fazrul ketawa. "dah ko tak hantar khabar berita. Ni hukumannya sebab bagi aku risau"
"alah! Hari tu ko gi outstation pun bukan ko bagi tau aku."
"dulu lain, sekarang lain. Lepas ni mana ko nak gi sekalipun mesti bagi tau aku. Mesti laporkan kat aku setiap pagi dan petang. Ok?"
"ok kepala hotak ko! dah la. Gi arr blah cepat! Aku nak tido ni"
Hari demi hari yang berlalu selepas itu makin memeningkan kepala Hajar. Di mindanya sering tertanya-tanya kenapa tingkah laku Fazrul dah berubah. Makin romantik sampai kekadang tu nak termuntah bila dengar dia panggil namanya. Kena sampuk ke mamat ni?
Darling.. sweetheart.. sayang.. dear.. dan macam-macam lagi. Hah elok sangat la tu. bila dia panggil aku darling aku baling kasut kat dia. Bila dia call aku sweetheart aku bagi garam kat dia dan bila dia panggil aku sayang aku pun melayangkan buah epal kat muka dia. Padan muka! Dan bila last skali dia panggil aku dear aku jawab "apa ko ingat aku ni rusa ke? Buta betul!"
Selepas tu Fazrul Cuma panggil aku dengan panggilan Hajar aje.
Weekend ni kami kena balik rumah family Fazrul. Leceh la.. mesti kena tido kat dalam bilik yang sama. Susah aku nak salin baju nanti.
"woit! Try ko pakai baju ni" Fazrul meletakkan baju berwarna hitam di sebelah aku.
"ko gila ke apa? Kenapa nak suruh aku pakai baju tido ni. Seksi giler! Lengan dia ni gi mana? Ko makan ke?"
Fazrul ketawa. Aku membaling baju tu ke badannya dan terus turun ke bawah. Nak tengok bulan. Malam ni genap 15 haribulan Muharram. Bulan mesti cantik. Aku hanya naik tido tepat pukul tiga pagi.
Baru aku hendak lelapkan mata, tangan Fazrul memeluk pinggangku. Aku tergamam. Apa mamat ni nak buat? Dia ni sedar ke tak?
"kenapa lambat sangat naik? Abang tunggu Hajar lama tadi"
Badanku terus keras macam patung. Takut beb! Terkejut pun ada. Ni kali pertama Fazrul sentuh aku selepas dia cium aku hari tu. tu pun dia dapat cium coz aku tak sedar. Kalau aku sedar, memang makan penendang dah!
"kalau abang mintak hak abang malam ni boleh tak?" Fazrul cuba memusingkan badanku menghadapnya.
Panik. Aku pejam mata kuat-kuat dan cepat-cepat menggelengkan kepala. Rasa macam nak pecut seribu meter je sekarang ni. Fazrul ketawa melihat reaksiku.
"tak pe. Abang tak paksa. Abang akan tunggu Hajar sampai Hajar betul-betul bersedia"
Kami kembali bekerja seperti biasa. Aku jadi takut nak balik lepas malam tu. aku Cuma akan sampai kat depan pintu rumah selepas tengah malam. Aku tunggu Fazrul tido dulu baru aku masuk. Dah lama aku tak bercakap dengan dia. Rasa janggal nak bersembang dengan dia macam dulu. Segan plus malu plus kelu equal hatiku celaru!
Satu malam tu, Fazrul tunggu aku balik. Dia tutup semua lampu. Aku ingat dia dah tido malam tu tapi tidak rupa-rupanya waduh! Bagaimana harusku berdepan dengan mamat yang selama ini kupanggil gorila tapi semakin mendapat tempat dalam hatiku ini?.. chewah.. bermadah pujangga pulak hati aku saat-saat ni. Haru betul!
"kenapa macam larikan diri dari abang ni? Abang takutkan Hajar atau abang ada buat salah kat Hajar?"
Aku gelengkan kepala dan tunduk aje. Walaupun aku tengah duduk kat depan Fazrul sekarang ni, tapi aku rasa macam tengah berdiri berjam-jam. Kaki aku terasa krem dan tak leh gi mana-mana dah.
"apa salah abang?" aku geleng lagi.
"kalau abang tanya, jawab! Jangan diam aje. Bisu ke?!"
Terkejut. Bagai nak luruh jantung aku malam tu. air mata aku yang selama ni tak penah keluar tetiba laju aje nak keluar. Dan aku rasa macam nak meraung je bila Fazrul tengking aku macam tu. sedih betul.
Tetiba dia memeluk dan pujuk aku. Tangisan aku ni pun satu, cubalah diam. Ni tak, lagi kuat adalah. Aku tak mampu nak kawal diri aku yang menangis malam tu. selepas sejam, aku mula cool skit. Aku angkat kepala dan melihat mata Fazrul.
"Hajar tak larikan diri dari abang. Tapi Hajar takut dan bercelaru. Otak ni rasa macam nak rebus dalam periuk aje wat sup. Mana Hajar pegi, Hajar nampak abang. Hajar tak tau kenapa Hajar jadi macam ni. Bila Hajar nampak abang, Hajar rasa nak menangis sebab Hajar tak tau apa perasaan Hajar bila nampak abang.."
Fazrul senyum. "tu maknanya Hajar dah jatuh cinta kat abang. Hajar, kalau dah jatuh cinta, berterus teranglah dengan abang. Ni tak, kelakuan Hajar buat abang tertanya-tanya apa salah abang kat Hajar"
Kami terus duduk di hadapan televisyen yang tak hidup tu. hampir tiga pagi baru kami masuk bilik untuk tidur.
"Hajar.. malam ni pakai baju yang abang bagi hari tu boleh?" mukaku terus panas.
"boleh. Dengan syarat abang pakai baju lengan panjang malam ni"
"mana ada orang tido pakai baju lengan panjang malam-malam ni. Lagipun bukan musim hujan sekarang ni"
"tapi Hajar geli la dengan abang. Banyak bulu. Rasa macam tido tepi gorila je." Aku terus berlari ke dalam bilik bila melihat muka geram Fazrul.. hahaha! terucap jugak kenyataan yang dia ni gorila..
"Hajar! Buka pintu ni! Kalau tak abang tutup lampu"
Aku terus mambuka pintu sebab aku takut gelap. Ni memang kelemahan aku!
"ooo kata abang gorila.. rasakan ni!" Fazrul terus memelukku erat sehingga aku kelemasan.
"abang! Abang! Hajar lemas. Ok, ok. Hajar janji tak panggil abang gorila dah lepas ni. Tapi dengan syarat abang kena cukur jambang abang tiap-tiap hari. Hajar geli bila abang cium Hajar macam ni"
Fazrul Cuma ketawa bila aku cakap macam tu.. haii.. nasib baik gigi dia teratur. Kalau berterabur atau rongak, aku suruh dia gelak or senyum tutup mulut jugak gamaknya.. hehe
Anyway.. aku dah tak gelar Fazrul gorila dah lepas tu. Cuma aku selalu panggil dia orang utan je. Hehe.. semoga perkahwinan kami ni sentiasa kekal bahagia walaupun hari-hari kami berperang sebab Fazrul usik aku.. tapi aku tetap sayang dan suka dia.
Thank you Allah.. sebab kurniakan pasangan yang memahami macam Fazrul alias orang utan ni..hehe.. aku gelar dia macam ni coz dia suka panggil aku kodok.. hah! Memang padan la orang utan tu dengan dia.
Harap-harap baby yang bakal lahir ni tak ikut perangai dia. Kalau tak.. aku rasa aku bakal mati sebab sakit jantung kot dengan perangai diorang...
penulis/ email forward from : uncle areffa, kelakarnya group.


